Friday, May 14, 2010

Futsal, Fitness, Friendship, Fun & Fxxx

Selamat Berkenalan, Hai!

Futsal, sukan lapangan yang agak menarik dan menjadi minat golongan remaja malah amat sesuai lagi jika kita katakan ia salah satu aspek sukan untuk semua. Bagi masyarakat sukan samada dari pelajar sekolah, yang tidak bersekolah, masyarakat yang suka bekerja, yang malas bekerja, penganggur mahupun korporat malah keparat tidak memandang sinis terhadap perkembangan sukan ini.Sokongan badan-badan swasta banyak membantu perkembangannya dengan mewujudkan banyak pusat-pusat gelanggang sukan ini antaranya seperti Sport Planet Futsal Centre, HTO Futsal Centre, Sports Centre yang mana tidak asing lagi dikalangan masyarakat Lembah klang, walaupun pada asasnya ia adalah suatu perniagaan tetapi secara tidak langsung ianya banyak membantu perkembangan sukan bolasepak di negara kita.

Kesinambungan dari kebutuhan dan kebuntuan badan-badan tertentu untuk memajukan bolasepak kita, pusat-pusat permainan ini banyak melahirkan pemain bola padang yang berkemahiran tinggi samada didalam negara mahupun diperingkat antarabangsa. Kegigihan manusia seperti Nik Radzi (Darulnaim FC) yang tidak pernah sunyi, tidak pernah bosan, termengah berlari, terduduk, terhenyak malah terlentang dari menganjurkan dan melahirkan idea-idea bagi menghangatkan pertandingan sukan ini dari pertandingan tunggal, penjuru dan bersiri, dari sekecil-kecil pertandingan hinggalah kepada pertandingan peringkat kebangsaan, kegigihan yang membawa pulangan yang lumayan tetapi paling penting adalah usaha sebegini secara tidak langsung membantu menaikkan kesedaran kepada masyarakat sukan bahawa kita harus membantu kebuntuan pakar-pakar kita dalam membangunkan sukan bolasepak, agar sekurang-kurangnya pasukan kita lebih hebat dari pasukan bolasepak sri Lanka.
Permai FC yang baharu sahaja ditubuhkan adalah sebagai alternative kepada pemain-pemain golf amatur untuk mempelbagaikan sukan bagi menghargai sebahagian dari kehidupan yang menjadi kegilaan, mengalu-alukan mana-mana pasukan sekiranya ingin mengadakan perlawanan persahabatan sila berhubung dengan saya (Pok) menerusi alamat email ei_smile@yahoo.com.my - "FRIENDSHIP THROUGH SPORTS"
Anda pasti tidak akan dikecewakan, kerana kami pastinya menghiburkan pasukan anda dengan kemahiran gelecekan yang macam ntah aper2, rembatan-rembatan menggila, gelakan-gelakan pecah perut dari pelawak hebat dan tarian penyokong wanita dari gelanggang sebelah ha ha ha

No comments:

Post a Comment