Saturday, May 15, 2010

Paint Ball Bersama Boss

Paint ball adalah satu permainan yang begitu mencabar, menyeronokan, selamat tetapi amat berbahaya kepada yang tidak suka kepada peraturannya. Pok sendiri termasuk dengan yang ini rasanya sudah banyak kali tetapi senario dan situasi yang sentiasa berubah dan corak peperangan yang berbagai format. Tetapi yang tetap tidak dapat dinafikan ialah, ia memang seronok dan mengasyikkan.

Ada yang pertama kali dan ader yang sudah beberapa kali, tetapi yang pasti peluru tidak mengenal siapa yang tidak berpengalam mahupun siapa yang berpengalaman. Siapa yang pandai menembak maka ianya satu kelebihan. Tapi jangan lupa juga pada yang pandai mengelak.

Berbagai kerenah dan gelak ketawa sepanjang peprangan yang begitu dramatik, berbagai aksi menembak, ditembak dan digelak, memang tidak kering gusi bagi penonton melihat aksi-aksi ala komando. Mengalahkan laksamana doremi dan pendekar bujang lapok apatah lagi ada kalangan kami yang sememangnya melucukan. Semangat waja yang membuatkan masing-masing merangkak serta merancang strategi untuk memenangi pertandingan mereka terlupa yang mereka sebenarnya dalam sebuah permainan.

Samada lelaki mahupun perempuan semuanya boleh dikatakan bersemangat waja dan begitu patriotik melaungkan sorakan-sorakan kekalahan masing-masing. Tetapi masa sememangnya sering cemburu dengan sebuah keseronokan, masa yang begitu singkat membuatkan kami rasa tak puas dan berazam untuk bermain lagi. Walaupun ura mengatakan permainan ini menelan atau memerlukan perbelanjaan yang tinggi tetapi jika dibandingkan dengan keseronokannya, kita akan melupakan kos permainannya.

Paintball sekarang boleh disertai di beberapa tempat yang saya sedia tahu antaranya ialah seperti di Family Park, Bukit Jalil, KKLUB di Taman Melawati, Isi Rimba di Ampang (Kemensah) dan beberapa tempat lagi di sekitar Klang Valley. Sehingga kita berjumpa lagi di aktiviti sukan yang lain - FRIENDSHIP THROUGH SPORTS
Cadangan dan idea-idea hebat berkongsi dengan saya di ei_smile@yahoo.com.my - POK

No comments:

Post a Comment