Tuesday, May 18, 2010

Permai FC vs Pemuda UMNO Seksyen 8

Pada 17.05.2010, pasukan Permai FC telah menerima kunjungan pasukan pemuda umno Sek 8 Shah Alam bertempat di HTO Futsal Centre USJ, Subang Jaya. Perlawanan yang di jadualkan bermula pada jam 11.00 malam telah dianjakkan ke jam 11.20 malam di sebabkan kelewatan pasukan pelawat kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Oleh kerana itu Pengurus Permai FC telah mengambil inisiatif untuk bermain sesama sendiri bagi aktiviti memanas badan lagipun daripada masa terbuang begitu sahaja lebih baik digunakan untuk sesuatu yang berfaedah, sementara menanti ketibaan pasukan pelawat.
Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara seagama, sahabat sebangsa dan pertalian erat kawan senegara, sesuai dengan idea ataupun objektif yang dibawa oleh Permai FC iaitu ’Persahabatan Melalui Sukan’.

Setelah penantian yang agak membosankan ataupun boleh juga dikatakan sedikit agak lama, pesukan pelawat tiba pada jam 11.20 malam. Lalu perlawanan dimulakan kerana semangat pasukan Permai FC yang seakan atau lebih tepat lagi’azam bak bara api’ tidak sabar dari mula untuk membaham pihak lawan.

Tetapi sayang permainan kedua-dua pasukan agak cool dan kurang menyerlah dan tidak sepertimana yang diharapkan oleh penonton yang sedari 10.40 malam menanti dengan penuh keghairahan.

Banyak peluang jaringan-jaringan cantik disia-siakan begitu sahaja oleh kedua-dua pasukan. Pemain-pemain barisan hadapan Permai FC seperti Alis, Eis dan Aceng, banyak melepaskan dan mengsia-siakan peluang yang tersedia didepan mata mereka. Alis adalah antara pemain yang banyak melepaskan peluang. Corak permainan yang banyak berlegar di tengah-tengah padang tanpa satu penyudah yang lebih berkesan.

Banyak kepada kemahiran individu yang tidak serasi dengan permainan pasukan. Banyak permainan gelecekan, gentelan dan kemahiran perseorangan yang tidak menjadi. Apa yang diharapkan oleh Pengurus Permai FC tidak menjadi sama sekali. Justeru dari rasa dan ketidakpuasan hati, pada separuh masa kedua Pengurus Permai FC telah mengeluarkan kesemua pemain pasukan utama dan digantikan dengan pemain pilihan untuk tindakan penyelesaian kebuntuan menghasilkan jaringan, dimana Pengurus Permai FC sendiri telah masuk ke ’pitch’ bagi menguatkan lagi barisan serangan hadapan.

Permai FC yang masih tercari-cari rentak permainan mula mendapat sentuhan serasi dari langkah yang diambil oleh pengurus pasukan, dan ia boleh dikatakan sebagai satu tindakan nekad yang agresif dan bijak. Banyak kelemahan yang masih dan perlu diperbaiki bagi memperkuatkan lagi barisan serangan mahupun barisan pertahanan dan seterusnya dapat mengekalkan rentak permainan yang baik, siapa tau suatu masa akan menjadi pasukan yang disegani dilapangan kefutsalan – Apie (Mamad)




................ sendiri mau ingat la....................

No comments:

Post a Comment