Tuesday, July 13, 2010

Wednesday, June 2, 2010

Chamang Waterfall, Bentong, Pahang

Terbayang dengan keterujaan akan aluran jeram yang dihiasi dengan tingkat-tingkat terjunan air yang amat mengasyikan, membuatkan masa berlalu begitu lambat untuk menunggu dan terus menunggu kawan dan teman yang masih dalam perjalanan, ketidaksabaran yang terbayang diwajah masing-masing menunjukkan betapa dahaganya, betapa laparnya dengan fenomena alam yang dikurniakanNya. Selamat datang para kawan, teman, sahabat atau apapun kita ke Chamang Waterfall, Bentong (Pahang).


Percaturan yang begitu menarik, persediaan yang telah dirancang dengan awal hampir saja terguris dengan kesesakan laulintas, malah momentum perjalanan sedikit teranjak kerana ada yang terpisah dari kumpulan konvoi, lebih kusut dikatakan tersasar dari laluan yang sepatutnya. Maklumlah kaki bendang, sekali sekala keluar baroh, manakan tahu menyusur denai.

Mamat yang tersesat ke Sri Gombak membuatkan yang lain terpaksa melanguk di tol Gombak, hampir satu jam perjalanan teranjak ke belakang, tetapi tidak cukup untuk melemahkan semangat kami bagi meneruskan perjalanan, setelah membayar tol RM5, pemanduan mendaki menghala ke laluan Genting Highland menyajikan panorama pagi hutan tropical yang menghijau membentangi lembah, menyusuri lereng dan cenuram hinggalah kepuncak permatang, membuatkan kami berasa segar, satu suasana yang nyata berbeza bagi penghuni metropolitan.

Setelah hampir 4o minit memandu, kami tiba di bandar Bentong, Bandar lama yang mana seakan cowboy town, kami menjamah sarapan pagi di Warung Mak Cik bersebelahan dengan Padang Majlis Daerah Bentong, masakan biasa ala kampung dengan harga yang berpatutan dan apa yang penting ialah perut sudah terisi maka tumpuan sekarang hanyalah satu, Chamang Waterfall. Aku bertanyakan Mak Ciki warung keadaan cuaca semasa di situ dan jawapannya agak mengembirakan.

Adalah menjadi satu kebiasaan sebelum kehutan, kelautan, kepergunungan atau kemana sahaja yang besahabat dengan alam untuk kita tahu keadaan samada kita dalam lokasi berjaga-jaga atau selesa. Banyak padah atau tragedi yang berlaku kerana faktor ini tidak diambil penting seperti dihanyutkan oleh kepala air, terkena panahan petir, ombak laut yang tetiba boleh meragut nyawa, tanah runtuh yang mengganggu perjalanan dan segala macam bencana. Kita kene tahu dan harus bersahabat dengan fenomena-fenomena ala ini demi keselamatan kita juga.

Setibanya di lokasi air terjun, pandang pertama sudah membuatkan kita jatuh hati dan teruja untuk menikmati kedinginan air serta landscape semulajadinya yang sememangnya sangat cantik. Chamang Waterfall adalah antara salah satu daya tarikan air terjun semulajadi yang terukir indah di bumi Pahang. Lokasi yang hanya 66 kilometer dari Kuala Lumpur menyambut dan melayani kesesakan pengunjung kota terutama pada hari minggu mahupun hari-hari kelepasan am.

Kami merasa bertuah dapat mengunjungi tempat ini pada hari bekerja kerana ia tidak sibuk dengan pengunjung lain dan hanya ditemani pekerja-pekerja Majlis Daerah Bentong. Tempat ini nampak terurus dan bersih dengan keperihatinan pihak kerajaan tempatan, kesinambungan dari itu penghargaan harus diberikan kepada mereka-mereka yang bekerja keras bagi membantu dan memajukan lokasi-lokasi pelancongan seperti ini.

Kepuasan mandi manda dengan air sedingin salju dan juga jernih berkaca, berehat di batuan sambil bersendagurau bersama rakan, bermain seakan melepaskan rindu anak-anak kampung yang mana sesekali menikmati BBQ seperti Ayam Bakar Berempah, Ikan Bakar Berkunyit, Sosej Berlada Hitam, Kerang Bakar Berserai sememangnya satu pakej percutian yang lengkap. Sehinggakan masa berlalu amat pantas. Carlos yang bertindak sebagai Super Senior kelihatan tenang dalam memerhatikan adik-adik juniornya bergembira kadangkala menjerit memberi arahan, peka keatas tanggungjawabnya untuk memastikan rakan-rakannya sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat. Terima kasih diucapkan kepada anda, you’re enjoy good fellow.

Kami begerak pulang lebih kurang jam 3:00 petang meredah gerimis yang mana hujan lebat dan kesesakan lalulintas menanti di Kuala Lumpur. Ada yang terlelap dan malah ada yang berdengkur kepenatan seharian di Bentong. Yang masih segar hanya pemandu kerana terpaksa memandu untuk pulang ke destinasi masing-masing. Pulang dengan kegembiraan yang mana terpahat dibenak setiap yang datang untuk terus menikmati khazanah kurniaan Tuhan Yang Maha Agung. Sehingga ketemu lagi di lain xpdc... Maelpok

Anda tahu tempat-tempat menarik, khabarkan kepada hamba di ei_smile@yahoo.com.my

Tuesday, May 18, 2010

Permai FC vs Pemuda UMNO Seksyen 8

Pada 17.05.2010, pasukan Permai FC telah menerima kunjungan pasukan pemuda umno Sek 8 Shah Alam bertempat di HTO Futsal Centre USJ, Subang Jaya. Perlawanan yang di jadualkan bermula pada jam 11.00 malam telah dianjakkan ke jam 11.20 malam di sebabkan kelewatan pasukan pelawat kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Oleh kerana itu Pengurus Permai FC telah mengambil inisiatif untuk bermain sesama sendiri bagi aktiviti memanas badan lagipun daripada masa terbuang begitu sahaja lebih baik digunakan untuk sesuatu yang berfaedah, sementara menanti ketibaan pasukan pelawat.
Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara seagama, sahabat sebangsa dan pertalian erat kawan senegara, sesuai dengan idea ataupun objektif yang dibawa oleh Permai FC iaitu ’Persahabatan Melalui Sukan’.

Setelah penantian yang agak membosankan ataupun boleh juga dikatakan sedikit agak lama, pesukan pelawat tiba pada jam 11.20 malam. Lalu perlawanan dimulakan kerana semangat pasukan Permai FC yang seakan atau lebih tepat lagi’azam bak bara api’ tidak sabar dari mula untuk membaham pihak lawan.

Tetapi sayang permainan kedua-dua pasukan agak cool dan kurang menyerlah dan tidak sepertimana yang diharapkan oleh penonton yang sedari 10.40 malam menanti dengan penuh keghairahan.

Banyak peluang jaringan-jaringan cantik disia-siakan begitu sahaja oleh kedua-dua pasukan. Pemain-pemain barisan hadapan Permai FC seperti Alis, Eis dan Aceng, banyak melepaskan dan mengsia-siakan peluang yang tersedia didepan mata mereka. Alis adalah antara pemain yang banyak melepaskan peluang. Corak permainan yang banyak berlegar di tengah-tengah padang tanpa satu penyudah yang lebih berkesan.

Banyak kepada kemahiran individu yang tidak serasi dengan permainan pasukan. Banyak permainan gelecekan, gentelan dan kemahiran perseorangan yang tidak menjadi. Apa yang diharapkan oleh Pengurus Permai FC tidak menjadi sama sekali. Justeru dari rasa dan ketidakpuasan hati, pada separuh masa kedua Pengurus Permai FC telah mengeluarkan kesemua pemain pasukan utama dan digantikan dengan pemain pilihan untuk tindakan penyelesaian kebuntuan menghasilkan jaringan, dimana Pengurus Permai FC sendiri telah masuk ke ’pitch’ bagi menguatkan lagi barisan serangan hadapan.

Permai FC yang masih tercari-cari rentak permainan mula mendapat sentuhan serasi dari langkah yang diambil oleh pengurus pasukan, dan ia boleh dikatakan sebagai satu tindakan nekad yang agresif dan bijak. Banyak kelemahan yang masih dan perlu diperbaiki bagi memperkuatkan lagi barisan serangan mahupun barisan pertahanan dan seterusnya dapat mengekalkan rentak permainan yang baik, siapa tau suatu masa akan menjadi pasukan yang disegani dilapangan kefutsalan – Apie (Mamad)




................ sendiri mau ingat la....................

Saturday, May 15, 2010

Paint Ball Bersama Boss

Paint ball adalah satu permainan yang begitu mencabar, menyeronokan, selamat tetapi amat berbahaya kepada yang tidak suka kepada peraturannya. Pok sendiri termasuk dengan yang ini rasanya sudah banyak kali tetapi senario dan situasi yang sentiasa berubah dan corak peperangan yang berbagai format. Tetapi yang tetap tidak dapat dinafikan ialah, ia memang seronok dan mengasyikkan.

Ada yang pertama kali dan ader yang sudah beberapa kali, tetapi yang pasti peluru tidak mengenal siapa yang tidak berpengalam mahupun siapa yang berpengalaman. Siapa yang pandai menembak maka ianya satu kelebihan. Tapi jangan lupa juga pada yang pandai mengelak.

Berbagai kerenah dan gelak ketawa sepanjang peprangan yang begitu dramatik, berbagai aksi menembak, ditembak dan digelak, memang tidak kering gusi bagi penonton melihat aksi-aksi ala komando. Mengalahkan laksamana doremi dan pendekar bujang lapok apatah lagi ada kalangan kami yang sememangnya melucukan. Semangat waja yang membuatkan masing-masing merangkak serta merancang strategi untuk memenangi pertandingan mereka terlupa yang mereka sebenarnya dalam sebuah permainan.

Samada lelaki mahupun perempuan semuanya boleh dikatakan bersemangat waja dan begitu patriotik melaungkan sorakan-sorakan kekalahan masing-masing. Tetapi masa sememangnya sering cemburu dengan sebuah keseronokan, masa yang begitu singkat membuatkan kami rasa tak puas dan berazam untuk bermain lagi. Walaupun ura mengatakan permainan ini menelan atau memerlukan perbelanjaan yang tinggi tetapi jika dibandingkan dengan keseronokannya, kita akan melupakan kos permainannya.

Paintball sekarang boleh disertai di beberapa tempat yang saya sedia tahu antaranya ialah seperti di Family Park, Bukit Jalil, KKLUB di Taman Melawati, Isi Rimba di Ampang (Kemensah) dan beberapa tempat lagi di sekitar Klang Valley. Sehingga kita berjumpa lagi di aktiviti sukan yang lain - FRIENDSHIP THROUGH SPORTS
Cadangan dan idea-idea hebat berkongsi dengan saya di ei_smile@yahoo.com.my - POK

Friday, May 14, 2010

Futsal, Fitness, Friendship, Fun & Fxxx

Selamat Berkenalan, Hai!

Futsal, sukan lapangan yang agak menarik dan menjadi minat golongan remaja malah amat sesuai lagi jika kita katakan ia salah satu aspek sukan untuk semua. Bagi masyarakat sukan samada dari pelajar sekolah, yang tidak bersekolah, masyarakat yang suka bekerja, yang malas bekerja, penganggur mahupun korporat malah keparat tidak memandang sinis terhadap perkembangan sukan ini.Sokongan badan-badan swasta banyak membantu perkembangannya dengan mewujudkan banyak pusat-pusat gelanggang sukan ini antaranya seperti Sport Planet Futsal Centre, HTO Futsal Centre, Sports Centre yang mana tidak asing lagi dikalangan masyarakat Lembah klang, walaupun pada asasnya ia adalah suatu perniagaan tetapi secara tidak langsung ianya banyak membantu perkembangan sukan bolasepak di negara kita.

Kesinambungan dari kebutuhan dan kebuntuan badan-badan tertentu untuk memajukan bolasepak kita, pusat-pusat permainan ini banyak melahirkan pemain bola padang yang berkemahiran tinggi samada didalam negara mahupun diperingkat antarabangsa. Kegigihan manusia seperti Nik Radzi (Darulnaim FC) yang tidak pernah sunyi, tidak pernah bosan, termengah berlari, terduduk, terhenyak malah terlentang dari menganjurkan dan melahirkan idea-idea bagi menghangatkan pertandingan sukan ini dari pertandingan tunggal, penjuru dan bersiri, dari sekecil-kecil pertandingan hinggalah kepada pertandingan peringkat kebangsaan, kegigihan yang membawa pulangan yang lumayan tetapi paling penting adalah usaha sebegini secara tidak langsung membantu menaikkan kesedaran kepada masyarakat sukan bahawa kita harus membantu kebuntuan pakar-pakar kita dalam membangunkan sukan bolasepak, agar sekurang-kurangnya pasukan kita lebih hebat dari pasukan bolasepak sri Lanka.
Permai FC yang baharu sahaja ditubuhkan adalah sebagai alternative kepada pemain-pemain golf amatur untuk mempelbagaikan sukan bagi menghargai sebahagian dari kehidupan yang menjadi kegilaan, mengalu-alukan mana-mana pasukan sekiranya ingin mengadakan perlawanan persahabatan sila berhubung dengan saya (Pok) menerusi alamat email ei_smile@yahoo.com.my - "FRIENDSHIP THROUGH SPORTS"
Anda pasti tidak akan dikecewakan, kerana kami pastinya menghiburkan pasukan anda dengan kemahiran gelecekan yang macam ntah aper2, rembatan-rembatan menggila, gelakan-gelakan pecah perut dari pelawak hebat dan tarian penyokong wanita dari gelanggang sebelah ha ha ha